VITAMIN
Vitamin maksudnya
bahan organik yang
sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam
pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien.
Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula
membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah
dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak
mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda
perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan
tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi
bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, kita perlu tahu
bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian kita. Terutama, makanan
yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus kan kalau kita mengamalkan pengambilan vitamin? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak
mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman
seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan
tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
Tapi perlu diingat kadang2 masakan yang kita masak belum tentu mampu mengekalkan khasiat serta nutrien yang terdapat didalam makanan tersebut. Kadangkala khasiat akan hilang ketika proses memasak atau menyediakan makanan. Jadi kita perlu bijak memilih sama ada untuk mengambil suplemen yang sudah jelas khasiatnya atau makanan yang kita pon tidak pasti sebanyak mana khasiat yang terkandung didalam makanan tersebut.
*sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin
0 comments:
Post a Comment